Teman,
Detik2 pertemuan kita,
Adalah saat yang paling manis buatku,
sejak pertemuan yang tak diduga itu,
terjalinlah sebuah ikatan yang erat.
Teman,
setelah beberapa hari bersama,
kau tiba2 saja berubah,
sungguh aku begitu kecewa,
dengan perubahanmu itu.
Teman,
entah mengapa kau tiba2 saja,
cuba menjauhkan dirimu dari aku,
secara tidak langsung sikapmu kini,
membuatkan aku benar2 terluka dan terhiris.
Teman,
aku tahu mengapa kau buat
semua itu terhadapku,
kau mahu aku pergi darimu,
tapi...puncanya,
hanya kerana sekeping surat,
yang aku kirimkan kepadamu dulu.
Teman,
sungguhku tidak menyangka,
bahawa kau tergamak,
buat hidupku terseksa,
perasaanku tidak kau hiraukan.
Teman,
mengapa kejamnya dirimu,
sanggup buat aku begini,
mengapa kau masih tidak mengerti,
bahawa aku amat menyayangi,
dan amat memerlukanmu.
Teman,
walaupun aku tidak sanggup,
untuk berpisah denganmu,
tapi...aku terpaksa berundur diri,
sebelum...lebih teruk dilukai,
dan diseksa olehmu.
Teman,
kini yang tinggal,
hanyalah kenangan,
kau bagaikan gembira,
setelah aku mengambil keputusan
untuk berundur diri.
Teman,
walaupun perpisahan terjadi,
namun dirimu tak mungkin,
dapatku lupakan begitu saja,
diri ini usahlah kau kenangi,
semoga tuhan memberkatimu,
carilah teman yang lebih sesuai,
dengan dirimu,
selamat tinggal wahai temanku,sayang...!
No comments:
Post a Comment